Friday, April 3, 2009

OH SPEEDZONE!KENAPA AKU DILARANG BERPARTY

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberi amaran dan melarang umat Islam menyertai acara Speedzone Tour yang akan berlangsung esok di Menara Kuala Lumpur (KL) kerana didakwa membabitkan pesta arak.

Pegawai Perhubungan Awam Jawi, Tuan Asmawi Tuan Umar, berkata orang Islam yang menyertai acara itu boleh didenda sehingga sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Beliau berkata, larangan ke acara yang sudah masuk tahun keempat itu dibuat berikutan aduan orang ramai mendakwa lebih 80 peratus pengunjung adalah remaja Islam yang pulang dalam keadaan mabuk serta tanpa segan silu berpakaian dan berkelakuan tidak senonoh.

“Orang Islam diminta supaya tidak terbabit, mengunjungi, menyertai atau apa saja keadaan yang menyebabkan mereka berada di lokasi acara berkenaan kerana ia bertentangan dengan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 di bawah Seksyen 19(1) yang menyatakan mereka yang minum minuman memabukkan di mana-mana kedai atau tempat awam adalah satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

“Seksyen 19(2), akta yang sama menyatakan sesiapa yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Berdasarkan laman web www.speedzonetour.com, acara itu dianjurkan Speedzone Entertainment dengan kerjasama beberapa syarikat termasuk syarikat arak terkemuka, Carlsberg sempena Perlumbaan Grand Prix F-1 Malaysia di Sepang, Ahad ini.

Ia dijadualkan berlangsung esok bermula jam 6.00 petang hingga 3.00 pagi dengan harga tiket RM48 atau RM68 dan hanya mereka yang berumur 18 tahun ke atas dibenarkan masuk.

sumber : BERITA HARIAN ONLINE

note pad : nasib baik tak beli tiket lagi!apa pun respek saja keputusan ni.

7 SPANKER:

Da Ahmad said...

punya sebab tu...
=)

Zulfadli Zainal said...

Aih.
Maknanya akan ada rush la kat situ.?

nia salina said...

oh tidak kan...abg najib nak naik..so kena buat kerja..ramai yg dh kansel

Zulfadli Zainal said...

thanx 4 da news.
kena bgtau member i.

waa.da jadi eh.Spanker.

MARiE LUkMAN™ said...

Alhamdullillah....

sib bek...

nia salina said...

aku rasa bagus jugak..herm banyak g party lain respek je keputusan dieorg

Zulfadli Zainal said...

oh.
dia guna blogger ke.?
kalau wordpress mmg kena buat macam tu.

kalau dia guna blogger pun mungkin sebab dia tidak guna widget follower yang betul.dia guna Google Friend Connect barangkali.

cuba cek juga samada dia dah log in ke belum.hee.

Pasal chat box tu tak tahula.
xde orang invent chatbox yg smart lagi.hahaah.