1. cerita disebalik nama kamu?
nama semua adik beradik bapak aku yang kasi.takda sejarah.bapak aku main petik je kut.
2. perhiasan yg kamu pakai setiap hari?
jam,nose stud..aku tak suka memakai subang.bagi aku subang buat telinga aku berat.
3. dari mana kamu dapat survey ini?
ciplak daripada PUAN INDIE..tetapi telah diedit sedikit.aku telah pun meng'inform' dia.makacih mek.
4. apa yang akan kamu lakukan lepas ni?
balik rumah tengok tv sambil tidur.
5. kamu boleh makan guna chopstick?
ini termasuk dalam perkara yang aku menyampah.i will never ever manage to use chopstik!kalau kat kedai makan dia kasi aku chopstick pun mau aku hangin satu badan.
6. gula2 mint yang kamu suka?
clorets..berangin dan sedap.bila makan boleh nampak asap keluar macam kat kawasan sejuk
7. minuman terakhir?
nescafe panas.. *teringin pina colada sekarang*
8. ayat yang paling romantis yang pernah kamu dengar?
bila afiq berkata pada kawan kawan dia.."ni bini aku"
9. kamu suka foto?
aku sangat fotofreak dan establish camwhore
10. objek foto yang paling menarik?
diri sendiri..aku obsess dengan diri sendiri.
11. kamu sedang buat apa sekarang ni?
makan gaji buta
12. bagaimana perasaan kamu akhir2 ni?
sangat bosan.hidup sudah tak se'happening' dulu
13. kamu sulung or bongsu?
bongsu tetapi tak terlalu manja.aku very independent
14. adakah kamu manja?
Ya.dengan parents dan significant other.tetapi kadang kadang ia memualkan orang ;)
15. sifat kamu keanak2an atau kedewasaan?
kedua duanya.aku very young at heart tapi mesti dewasa untuk membayar bil bil yang ada
16. ada pet tak?
ada.5 ekor kucing yang aku anggap macam 'anak anak'.sangat sayangkan mereka!
17. pernah bercinta dengan orang yang tak single?
pernah.dan tak tahu dia not available sehinggalah baca majalah.sesungguhnya aku tak membaca majalah hiburan malaysia.
18. pernah kehilangan handphone?
Pernah.sekali masa di kolej.aku mengamuk habis dengan budak yang disuruh pegang hp tu.masa kejadian aku dah berlumur dengan tepung dan telur menyambut birthday rakan kolej.jadi terpaksa suruh dia pegangkan tapi dia letak merata rata terus hilang
19. kamu rindu matapelajaran apa?
english.sebab aku memang minat bahasa ni.cikgu pun sukakan aku.plus masa SPM dan PMR aku dapat A untuk BI tapi B untuk BM.i speaking london ok.
20. weekend ni kamu nak pergi kemana?
mungkin akan ajak afiq tengok movie di cineileisure atau KLCC.
21. adakah kamu mewarnakan rambut?
banyak kali.ini antara buktinya.tetapi hanya tahan 3 minggu bila ibu afiq kasi duit untuk warnakan ke hitam semula.
22. adakah kamu percayakan hantu?.
percaya kerana pernah alami sendiri dan sangat menyukai rancangan GHOST HUNTER
23. apakah pekerjaan kamu?
aku hanya seorang kuli yang duduk di ofis setiap hari.nothing special.
24. adakah kamu sedang merasa kehilangan?
mungkin.kehilangan keseronokan yang pernah ada dulu.mungkin sudah masa untuk betul2 grow up.
25. pandai bermain piano?
tidak.pernah belajar bermain gitar tapi berhenti setelah jari jemari aku sakit.
aku tag : semua semua.
Friday, March 13, 2009
SILA JAWAB SOALAN INI.JIKA TIDAK ANDA MEMANG MEMBOSANKAN ;)
Posted by nia salina at 5:07 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 SPANKER:
Post a Comment